Monday 9 March 2015

MORNING/NIGHT WISH

误解 - salah faham

salah faham keadaan sebenar and terus nak judge before check the real situation !
whhatt  thheee???
sampai kan ada hati yang terluka atau terpaksa dilukakan tanpa rela !
eaaaa, macam da lari topic yang nak dibahas je? hihi.

actually, aku suka buat morning/night wish kat sape2 je..
so bagi yg first time receive ur agak weird laa..hahaha
sometimes aku friendly dgn yg kenal aku but tak der la sampai nak lepak sampai nampak sangat friendly tuu..
so aku choose way ni untuk rapatkan relay dengan masyarakat sekeliling selain smile killer tu .
but, ada pulak yg salah tafsir 误解 . ishh, niat dihati ini cuma ingin merapatkan ukhwah n silaturrahim sesama kita sahaja wahai manusia ..
so, please ambil titik tengah or positif sikit kalau benda yang baik macam ni ..sekurang-kurangnya tiada la jurang antara kita,.tak la kekok bila bersuara . ok? iloveyou ddude !






Wednesday 3 December 2014

D E E P. B R O O o !



semenjak dua menjak ni kerja aku asyik main2 je..suka2 !
tak pernah serius nak buat something except study laa..
kalau pasal relay jangan cakap la, goal nya lain, tapi ke lain ..
apa aku merepek ni kan? hmm, astaufirallahalazim ..
makin banyak syaitan suka dekat aku, haha..
bukan mase nya bercinta kot ,
but aku dah start next step, tinggal kan peragai tu..
by slowly, insyaallah..dipermudahkan :)

tapi lately ni, hati aku mula berbicara ..haa? macam nama drama daa!
bukan yang tu la, tapi hati aku ni mula ke future, kadang deep sgat un ade. .hehe..
manusia laa katakan berbuat baik bukan mudah, makan masa juga..
tapi nak buat jahat dalam one seconds un boleh..
kadang2 nakal tu datang, susah nak lari..lagi2 pengaruh sekeliling yg kuat sangat..
laa, pokok pangkal nya berbalik pada niat diri kan?
remind self, even parents jauh tapi jgan la calar an maruah mereka dgan peragai buruk..
corek kan akhlak yang mulia, walau un kecil dimata orang lain,.tapi mampu untuk bangga dan senangkan hati parents kita ..
kadang kata2 ibu ngan abah tu, aku buat main2, dlam diam aku faham sangat isi hati dorang..
kadang orang mengata pasal anak dia..  dorang still bagi support aku ..
aku bukan jenis yg mudah meluah kan, tapi dorang mesti dapat syak dari riak muka n peragai aku..
yg banyak songeh, terus diam berhari2..maaf, akak akan buat yg terbaik..
insyaallah, akan akak bukti kan..ubah pemkiran n pandangan dorang yg mengata tu !
tau orang iri hati dengan life kita yg lebih baik dari dorang tuu..ini peragai syaitan namanya..
hahaha, mulut tu,.kita tutup laa aib orang, maka insyaallah allah akan tutup aib kita jua..aminn

"miracle is another name of effort"

친구 (chingu)
sekarang ni bukan senang nak cari kawan yg sanggup susah senang dgn kita..
seriously susah..yg talam dua muka bersegi-segi tu berlambak laa..hehe
even da berkawan bertahun2, belum tentu dia jua sanggup jadi SAHABAT kita ..
tapi dalam kehidupan aku yg jauh dari family, dorang la tempat aku mengadu, bersuka ria..
walau un kadang hati tu da berderai macam kaca yg pecah ..aku cuba untuk tutup semua tu..
aku faham, tak semua orang suka kan kita, begitu jua kita kn? hihi
so diam selagi mampu, baik selagi boleh..n jauh kan hasad dengki n iri hati sejauh mungkin ..
jgan keruh kan keadaan dgn benda2 kecil yg boleh putuskan silaturrahim..dimurka nanti :)

"now, be positive okay eyla? please, to other don't judge me easily before know who i'm :) "

Wednesday 22 October 2014

i'm back dear :')

hello guys ,
weird right? i suddenly disappear right away ..
for a days, a weeks, months ..
but, now i back with a millions reason to live with a sweetly smile ..
somethings happen, even good or bad ..

it go like a winds now..but, it's give me strength for stay strong enough now :)

lets , throwback a beautiful moments ago :)



new experience while i start working for waiting a SPM result coming out..
new friendship or family relationship along with them.
many are being taught..even there many terrible moments ..
i love them like my own family..i always to miss all of them :)



finally, it time ..
my result come out..
at that time, i really no nervous..like i no feel any thing ..
when the start announce first name..
i believe that was my name ..
i get 6A 1B 1C ..
to glad, hahaha
all that coz my own effort to for 2 years ago..



now, I'm here ..
being a tourism management student ..
new friend, new environment , new place , new moment ..
with my clumsy sickness leg  ..
even, my parents don't want i here..
but now, they always supported me :)
i'll make sure they're proud have a daughter like me :)


Friday 6 December 2013

bye school :)



wow!
double wow!
triple wow dears !
i'm free now !!! hahahahhahha <-- gelak jahat !
macam orang baru keluar penjara je kan? tapi sometimes hostel eyla tu memang macam penjara pon !
okay !! setelah sebulan betukus-lumus menelek buku sampai nak tembus !
buat latihan sampai nak hilang tangan hanya untuk SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) !
it so kay laa, itu jer terbaik + terhebat eyla da buat !
now tawakal jer laa ea? hahaha
lagi pun, SPM cuma sekali ..so kita enjoy ! da macam, titleline drama puteri lak !

haa? buat pe skunk? 
hmm??? kene laa cari keje ! hari tu belum abes SPM lagi da ade yg gelar eyla PENGGANGGUR TERHORMAT !!! ishh2, sedih tak? korang mane sedey lagi suke ade laa kan?
keje ape? entah ! tapi kalau boleh eyla nak keje yang ade kene-mengene ngan course eyla..
dreaming je eyla ny kan? entah dapat ker tidaakkk !

btw eyla will missing KV DATO' UNDANG HAJI MUHAMMAD SHARIP !!!
even there more my sadness memory than happy !
but at there i learn everything !
how to be cruel ! hahaha,. how to be tolanrance ! how to what? to be sensible !
how to creat fight ! how to hurt other !! hehehe btw it taugh me to be more mature enough :)

Wednesday 30 October 2013

dear SPM :p



assalamualaikum :)
hyeee..
 
weey, exam around the conner dear !!!
adoii aii.. but still lagi sempat berblogger :P
hmm, preparation spm? on my way jugak laa..
mohon di mudah kan seggala urusan dunia mahupun akhirat ..
insyaallah !!!

kept study

jage kesihatan
jgan buat hal macam2
jgan tinggal solat 

n SEDAR2 LAH DIRI !!!
SPM IS IMPORTANT :)

Tuesday 29 October 2013

dear future husband ? hehe :)


Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.



Pertama: Agama.

Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.

Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]


Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih.Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]
Kedua: Keluarga.


Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.

Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3104] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.



Ketiga: Ciri Kepimpinan.

Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.

Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.

Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.


Keempat: Kewangan.

Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]


Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.



Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.



Kelima: Akhlaknya.

Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.

Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.

Friday 4 October 2013


tak kisah?
kau tak kisah pasal aku?
aku pon tak kisah pasal kau ngekk !
but pe y aku still mengakuu yang, 
kau pernah jadi sebahagian dari hidup aku..
dan selame- lame nya..kau tetap sebahagian dari tu..
aku sayang pe yang pernah jadi SEBAHAGIAN HIDUP aku,
 walau un pernah sakitkan hati aku..
jgn risau laa, kau tu yg over !! aku oky jer !
aku tak pernah sakit hati ngan kaw !